Sajer sajer....

"..Setiap Manusia Punya Kelebihan dan Kekurangan Sendiri.. Dan Kita Cuma Perlu Mencari Dimanakah Letaknya Kelebihan Dan Kekurangan Tersebut.. Apa Yang Pasti Aku Belum Temui Dimanakah Kekuatan Pada Diri Aku Ini.."

Total Pageviews

Sunday, November 13, 2011

Kehidupan Sajer

Assalamualaikum.. hari ni aku nak kongsi sikit pendapatan aku daripada motivasi yang aku hadiri pada hari semalam.. motivasi tu berkaitan dengan kehidupan sehari-harian kita.. setiap hari kita dibebankan dengan pelbagai masalah yang tak pernah putus-putus datang kepada kita.. aku ingat satu quote daripada member aku yang berbunyi,"masalah ni sampai mati pun tak pernah abis..".. dan satu lagi,, setiap hari, kita akan membuat 1001 keputusan dalam menetukan arah hidup kita.. adakah setiap masalah ini ada penyelesaian dan setiap keputusan yang kita buat adalah keputusan yang betul?? tanyalah kembali pada diri kita.. setiap masalah ada penyelesaiannya.. apa yang pasti, kita perlulah berpandukan al-quran yang kita baca setiap hari.. setiap penyelesaian masalah telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.. tapi,, adakah kita sedar semua ini dan kita amalkan.. bagi aku, sebelum ni aku hanya membaca al-Quran tanpa memahami isi kandung ayat tersebut.. tapi, al-Quran merupakan mukjizat yang kita dapat ikuti sampai akhir zaman.. satu lagi tentang permasalahan membuat keputusan.. dalam kehidupan kita, terlalu banyak keputusan yang perlu dibuat sehari-harian.. ada kalanya keputusan yang perlu dibuat sangat rumit sehinggakan kita tak mampu nak menentukan apa yang perlu kita buat.. setiap keputusan itu sentiasa akan dipengaruhi oleh bisikan syaitan.. syaitan akan berbisik ke dalam hati kita seribu satu pujuk rayu da tipu helah agar kita membuat keputusan yang salah.. dan apa yang aku belajar semalam ialah back to Allah SWT.. sebab kehidupan nie semua telah diaturkan dengan baik oleh Allah.. so, kita mintalah petunjuk kepada Allah sesuai dengan surah Alfatihah ayat ke 6 yang bermaksud.."tunjukilah kami jalan yang lurus".. akan tetapi, kita sebagai hambaNya perlu baik kepada Allah dengan cara mengikuti segala arahan Nya dan meninggalkan LaranganNya.. so, sama-samalah kita renungkan kembali dan cuba amalkan.. tu lah ape yang aku dapat pelajari daripada motivasi semalam.. ok lah, tu je yang aku coretkan.. Insyaallah ada idea lain aku tulis lagi.. Wasalam
All of the post is created by myself except when it is stated..