Sajer sajer....

"..Setiap Manusia Punya Kelebihan dan Kekurangan Sendiri.. Dan Kita Cuma Perlu Mencari Dimanakah Letaknya Kelebihan Dan Kekurangan Tersebut.. Apa Yang Pasti Aku Belum Temui Dimanakah Kekuatan Pada Diri Aku Ini.."

Total Pageviews

Friday, September 21, 2012

Japan sajer

All of the post is created by myself except when it is stated

Assalamualaikum, harap anda semua sihat sejahtera.
Minta maaf lately tak update blog ni sebab kekangan masa,
Tapi hari ini saya nak share something about life in japan.
Sudah 6 bulan saya berada di bumi matahari terbit ni, macam- macam benda saya belajar dan dapat daripada negara jepun ni.
Pertama sekali saya nak ceritakan pasal cara bekerja orang jepun.
Seperti yang sedia maklum, orang jepun ni memang sangat menepati waktu dan sangat rajin bekerja.
Sebelum sampai ke sini, saya kurang percaya dengan perkara ini sehinggalah saya belajar dan berbaito aka part time kat sini.
Orang jepun ni sangat mementingkan kesempurnaan semasa membuat kerja, sebagai contoh, saya diminta untuk membersihkan ruangan beranda sebuah rumah. Saya membersihkan ruangan yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja, i mean kira bahagian luaran jela, tapi lepas tantou aka supervisor saya check, dia minta saya bersihkan kesemua bahagian tak kiralah luaran atau dalaman.
Satu lagi, saya bekerja daripada 9 pagi sehingga 5 petang, sepanjang waktu itulah saya bekerja dan tidak ' mengular'. Sangat respect dengan sikap orang jepun ni.
Tapi kelemahan orang jepun ni mereka bekerja macam robot, pukul 8 pg kerja sampai 7 malam lepas tu balik minum sake aka arak jepun sampai mabuk then balik rumah tidur. Rutin mereka sehari harian. Benda ni jadi sebab kebanyakan orang jepun ni tak ada agama, so mereka menganggap mereka dilahirkan hanya untuk bekerja. Then, time kerja mereka stres, so cara nak hilangkan stres dengan minum sake.
Cerita pasal stres ni, satu lagi keburukan orang jepun ni, kes jisatsu aka bunuh diri sangat banyak,boleh dikatakan tiap2 hari ada je kes bunuh diri ni.'port' untuk membunuh diri pulak dekat rel kereta api, sangat menyusahkan orang lain.tapi begitulah cara hidup mereka ni.

Ok lah, sampai disini dahulu saya coretkan, nanti ada masa saya sambung lagi. kat sini ada sikit gambar di jepun, sekadar perkongsian